fbpx

Belanjawan 2024: 26 buah sekolah baharu dibina tahun hadapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Sebanyak 26 buah sekolah baharu akan mula dibina dengan kos keseluruhan projek berjumlah RM2.5 bilion tahun hadapan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, antaranya termasuklah SMK Laya-laya, Tuaran Sabah; SMK Baie, Bintulu, Sarawak; SMK Seri Melati, Kuantan, Pahang; SMK Bandar Universiti, Bandar Seri Iskandar, Perak; dan SMK Binjai, Kota Bharu, Kelantan.

Katanya, mulai tahun hadapan juga Kerajaan bersetuju meluaskan kriteria pendapatan ibu bapa bagi permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) mengikut kadar pendapatan garis kemiskinan (PGK) RM2,589 berbanding RM1,500 sebelum ini.

“Peluasan syarat ini akan memberi peluang kepada tambahan 35 ribu lagi anak bangsa daripada keluarga kurang mampu untuk mendapat BKP,” katanya di Parlimen hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI