fbpx

Usul isu kilang sorok beras putih tempatan dibahas petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Usul Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr. Mohammed Taufiq Johari yang membahaskan isu sebuah kilang beras di Kedah yang disita kerana disyaki menyorok beras putih tempatan (BPT) seberat 180 tan diterima oleh Dewan Rakyat, hari ini.

Timbalan Speaker, Alice Lau Kiong yang mempengerusikan mesyuarat memaklumkan usul itu diterima selepas memenuhi keperluan di bawah mesyuarat Peraturan Mesyuarat 18(1) dan turut memaklumkan usul itu akan dibahaskan di sesi Kamar Khas petang ini

“Pertama itu adalah perkara tertentu, kepentingan orang ramai dan perkara ini perlu disegerakan,” katanya.

Usul Mohammed Taufiq dikemuka kepada kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul semalam itu dibuat mengikut Peraturan Mesyuarat 18(1).

Pada sidang media di lobi Parlimen semalam, Mohammed Taufiq menyifatkan usul sebagai perkara tertentu memandangkan isu kekurangan beras ini sudah berlarutan sejak berbulan lamanya dan kini terbukti wujudnya aktiviti menyorok beras.

“Ini adalah perkara tertentu kerana isu kekurangan beras ini berlanjutan sejak beberapa bulan lalu. Ia disyaki berpunca daripada salah satunya penyorokan stok beras tempatan yang telah pun dibuktikan Ops Beras Tempatan (OPT) di Kedah pada 9 Oktober lalu.

“Ini perkara berkehendak disegerakan kerana isu penyorokan beras yang didedahkan ini memerlukan penjelasan segera serta siasatan menyeluruh agar masalah kekurangan makanan ruji rakyat Malaysia dapat segera diselesaikan.

“Ini juga berkaitan kepentingan orang ramai kerana isu kekurangan beras telah menjejaskan rakyat malaysia yang rata-rata menggunakan beras sebagai makanan ruji utama. Kita perlu rungkai siapa yang bertanggungjawab dalam ‘jenayah’ ini,” katanya.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin, berkata tindakan menyita makanan ruji negara itu dilakukan selepas kilang terbabit didapati menyorok bekalan beras dalam gudang simpanan yang tidak dinyatakan dalam lesen.

Katanya, beras bergred Super Spesial Tempatan lima peratus (SST5) atau BPT itu ditemukan di dalam kampit jumbo, dianggarkan bernilai RM405,000.

Sitaan itu dilakukan bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522) dan Peraturan-Peraturan Kawalan Padi dan Beras (Pelesenan Kilang-Kilang Padi) 1996 P.U (A) 626. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI