fbpx

Petani dituduh perkosa anak tiri dalam pondok kebun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG petani (kanan) didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar hari ini atas pertuduhan merogol anak tirinya minggu lalu.

KUALA KANGSAR – Seorang petani dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol anak tirinya di sebuah pondok dalam kawasan kebun di Gerik pada minggu lalu.

Tertuduh berusia 41 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rohaida Ishak.

Lelakii itu didakwa merogol kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang mana perhubungan itu tidak dibenarkan di bawah undang-undang, agama, adat dan kebiasaan yang terpakai untuk berkahwin.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah pondok dalam kawasan kebun di Gerik pada pukul 3 petang, 3 Oktober lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Firdaus Nor Azlan tidak mencadangkan jaminan kepada tertuduh mengambil kira mangsa merupakan anak tirinya dan lelaki itu juga masih pasangan suami isteri yang sah dengan ibu kanak-kanak tersebut.

“Tiada jaminan ditawarkan kerana bimbang berlaku kacau ganggu terhadap mangsa yang sedang menerima rawatan di Hospital Taiping,” katanya.

Mahkamah menetapkan 15 November ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan perubatan mangsa dan lantikan peguam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI