fbpx

Lelaki belasah isteri lepas dipersoal lewat balik rumah 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

MUAR – Seorang pekerja kampung di cekup polis selepas membelasah isterinya yang bertanya sebab dia pulang lewat ke rumah di kawasan Parit Jawa, di sini semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, kejadian berlaku kira-kira pukul 11.30 pagi melibatkan suspek warganegara tempatan.

“Menurut laporan, isteri suspek telah bertanyakan kepada suspek mengenai kelewatan suspek pulang ke rumah dan selepas itu, secara tiba-tiba suspek telah memarahi dan meninggikan suara kepada mangsa supaya tidak masuk campur.

“Suspek kemudiannya bertindak memukul isterinya dengan menendang pada bahagian belakang badan dan menumbuk pada bahagian lengan sebelah kiri.

“Bertindak atas maklumat yang diterima, pihak polis telah membuat tangkapan ke atas suspek berusia 34 tahun di rumahnya kira-kira pukul 2 pagi tadi atas kejadian yang mendatangkan kecederaan terhadap isterinya,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar hari ini.

Tambah Raiz Mukhliz, mengikut laporan dan siasatan suspek telah beberapa kali memukul isterinya sebelum ini dan mangsa telah mendapatkan rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar.

“Ujian air kencing suspek adalah negatif dan suspek di tahan reman selama empat hari bermula hari ini sehingga 15 Oktober,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI