fbpx

Konflik Israel-Palestin: 11 kakitangan PBB, 30 murid terbunuh di Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG lelaki Palestin berjalan membawa roti melintasi kereta rosak dan serpihan di hadapan sebuah sekolah kendalian UNRWA selepas serangan Israel ke atas Bandar Gaza pada 9 Oktober lalu. – AFP

NEW YORK – Sekurang-kurangnya 11 kakitangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB)  di samping 30 pelajar beberapa buah sekolah PBB  di Semenanjung Gaza terbunuh  sejak pejuang Hamas melancarkan serangan ke atas Israel, kata seorang jurucakap semalam.

“11 kakitangan UNRWA terbunuh sejak Sabtu lalu,”  jurucakap berkenaan, Stephane Dujarric memberitahu pemberita, merujuk kepada agensi PBB untuk pelarian Palestin yang turut mengendalikan sekolah-sekolah di Gaza.

“30 pelajar UNRWA  terbunuh dan lapan lagi cedera. Mereka yang mati termasuk lima guru, seorang pakar ginekologi, seorang jurutera, seorang kaunselor dan tiga kakitangan sokongan.

“UNRWA  berkabung bersama rakan sekerja kami dan waris mangsa.

“Kakitangan PBB dan orang awam perlu dilidungi setiap masa semasa konflik. Kami menggesa pertempuran dihentikan untuk mengelak lebih banyak kematian orang awam,” kata Timbalan Pengarah UNRWA, Jennifer Austin pula dalam satu kenyataan.

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres turut menggesa supaya orang awam dilindungi dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa dipatuhi ketika Israel terus mengebom sasaran Hamas di Gaza semalam.

“Kira-kira 220,000 rakyat Palestin kini berlindung di 92 fasiliti UNRWA di seluruh Gaza. Premis PBB, hospital, klinik dan sekolah ‘tidak sesekali boleh menjadi sasaran serangan,” kata Guterres. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI