fbpx

Trafik penumpang kapal terbang meningkat lebih 70 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony Loke pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Konsultansi Penerbangan Negara (NACC) 2023 di Hotel Pullman, hari ini. Foto oleh M. FIRDAUS M. JOHARI/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Sektor penerbangan negara merekodkan pertambahan penumpang sebanyak 70.7 peratus bersamaan 62.83 juta orang bagi tempoh Januari sehingga September tahun ini berbanding 2022.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, jumlah itu merujuk kepada penumpang yang mengambil pesawat melibatkan lapangan terbang di seluruh negara.

“Untuk September sahaja, seramai 7.17 juta penumpang telah mengambil pesawat melibatkan 3.3 penumpang antarabangsa dan 3.85 juta bagi penumpang domestik.

“Justeru, melihat kepada trend peningkatan penumpang udara ini, sektor penerbangan boleh dikatakan ke arah pemulihan pra pandemik,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Konsultansi Penerbangan Negara (NACC) 2023 di Hotel Pullman, di sini hari ini.

Anthony Loke berkata, pihaknya menjangkakan jumlah penumpang udara akan kembali kepada sedia kala menjelang 2024 iaitu lebih 100 juta orang setahun.

Sehubungan itu, katanya, Kementerian Pengangkutan (MOT) akan memastikan lebih banyak penerbangan akan kembali ke Malaysia bagi membawa lebih banyak pelancong masuk ke dalam negara.

“Kita masih ketinggalan dari segi ‘connectivity’ (Ketersambungan) di peringkat ASEAN dan kita cuba usaha untuk memastikan bahawa kita berada di satu kedudukan yang lebih baik.

“Jika di ASEAN, Malaysia di kedudukan keempat di belakang Singapura, Bangkok dan Manila dengan jumlah destinasi sebanyak 90 bagi tahun ini berbanding 137 pada 2019,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI