fbpx

Malaysia raih manfaat pelaburan RM40.6 bilion dari Abu Dhabi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar bersama Sheikh Mohamed dalam pertemuan di Abu Dhabi minggu lalu.

PETALING JAYA – Malaysia berjaya meraih manfaat besar terutama dalam aspek pelaburan dari Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dengan menjana pelaburan komited berjumlah RM40.6 bilion (US$8.6 bilion).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelaburan tersebut dalam sektor seperti tenaga boleh diperbaharui, aeroangkasa dan logistik.

Menurutnya, perkara itu menerusi lawatan kerja beliau dan delegasi ke negara teluk itu pada Khamis dan Jumaat lepas hanya berlangsung dalam tempoh kira-kira 36 jam.

“Selaku Perdana Menteri, saya sentiasa konsisten memberikan jaminan bahawa Malaysia komited memajukan tenaga boleh diperbaharui selain mahu memudahkan urusan perniagaan dengan emiriah tersebut.

“Itu yang dizahirkan tatkala mengadakan pertemuan dengan Presiden UAE, Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan yang juga Pemerintah Abu Dhabi,” katanya pada hantaran Facebook hari ini.

Anwar berkata, pertemuan itu turut melibatkan beberapa menteri kanan dalam hal ehwal ekonomi, perdagangan dan pelaburan, pemegang taruh dana kekayaan berdaulat UAE, Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA) dan syarikat-syarikat perniagaan terbesar di UAE.

“Insya-Allah, saya yakin perencanaan yang telah disusun serta dirangka ini mampu menjadikan Malaysia sebagai antara hab terpenting bagi sektor tenaga boleh diperbaharui,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI