fbpx

Konflik Palestin-Israel: Zionis waspada serangan roket dari Lebanon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peronda Pasukan Sementara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lebanon (UNIFIL) memandu melalui dataran Khiam di sepanjang sempadan dengan Israel semalam. - AFP

BEIRUT, Lebanon – Pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lebanon melakukan rondaan ketat di selatan negara itu semalam, beberapa jam selepas tentera Israel dan kumpulan Hezbollah saling berbalas serangan roket.

Akhbar Arab News melaporkan, koresponden wilayah selatan Lebanon memberitahu bahawa askar Zionis berada dalam situasi berjaga-jaga di seberang sempadan dan kerahan tentera turut dikuat kuasakan di Lebanon.

Ketegangan itu membawa kepada perpindahan lebih ramai orang dari kawasan sempadan ke arah bandar Sidon, Beirut dan wilayah Bekaa, di tengah-tengah pencerobohan jet Israel yang  semakin meningkat di ruang udara Lebanon.

Semua sekolah awam dan swasta yang terletak di selatan Laluan Litani terutamanya di daerah Tire dan Bint Jbeil telah ditutup.

Universiti Lebanon mengumumkan penutupan semua cawangannya di selatan iaitu di Nabatieh, Tire dan Bint Jbeil disebabkan keadaan keselamatan yang semakin tegang di sempadan selatan.

Penduduk turut berpusu-pusu mengunjungi stesen minyak selama dua hari berturut-turut, serta ke pusat beli-belah dan gudang untuk menyimpan bekalan di tengah-tengah konfrontasi di sempadan yang berisiko merebak ke wilayah Lebanon.

Kumpulan Hezbollah secara rasmi berkabung atas kehilangan tiga anggotanya yang terbunuh dalam serangan udara Israel di pinggir Marwain, Boustane; az Zallutiyya, Yarine dan Naqiura serta bandar Ayta ash Shab di deerah Bint Jbeil.

Ia berlaku selepas kumpulan Hezbollah melancarkan serangan peluru berpandu pada petang Isnin lalu ke atas berek Pranit Israel yang berfungsi sebagai pusat arahan Bahagian Galilee dan berek Avivim iaitu pusat arahan batalion yang bergabung dengan Briged Barat. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI