fbpx

Dewan Rakyat: 300 pesawah sudah meninggal dunia terima bayaran Skim Subsidi Harga Padi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendedahkan sebanyak RM0.73 juta pembayaran Skim Subsidi Harga Padi (SSHP) dibuat kepada 300 pesawah yang sudah meninggal dunia.

Perkara itu didedahkan Dalam rumusan Laporan Terimaan dan Bayaran Obligasi Sosial Perjanjian Konsesi Pengurusan Industri Padi dan Beras Negara yang dibentang PAC di Dewan Rakyat hari ini

Naib Pengerusi PAC, Wong Shu Qi berkata, keadaan itu berlaku kerana pengemaskinian data SSHP tidak dipantau oleh KPKM mengakibatkan pengurusan pembayaran SSHP oleh Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) tidak teratur.

“PAC mengadakan prosiding berhubung isu itu pada 14 Jun lalu dengan memanggil beberapa saksi dan membuat sebanyak lapan rumusan hasil daripada prosiding tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Shu Qi berkata, rumusan lain berdasarkan prosiding itu adalah perjanjian konsesi BERNAS bermula tahun 1996 dan berakhir pada tahun 2011 telah dilanjutkan sebanyak dua kali dan akan berakhir pada tahun 2031.

Menurut beliau, perjanjian konsesi itu akan menjangkau tempoh 35 tahun dengan kos konsesi Perjanjian Ketiga berjumlah RM3.216 bilion yang bermula 11 Januari 2021 hingga 10 Januari 2031.

Kata beliau, rumusan seterusnya adalah sehingga 14 Jun 2023, BERNAS masih belum menyalurkan baki berjumlah RM25 juta daripada RM37 juta untuk dana obligasi sosial tahun 2021.

“Penggunaan teknologi terkini seperti aplikasi Telegram untuk hebahan maklumat BERNAS serta pengenalan sistem Kad Pintar
memudahkan pesawah untuk mengemas kini maklumat peribadi pesawah.

“Laporan KPI KPKM pada Julai 2021 bercanggah dengan prestasi sebenar pembekalan jentera BERNAS,” katanya.

Rumusan berikutnya, kata beliau, prosiding mendapati penggunaan jentera dan mekanisasi pertanian padi yang tidak disenggara dengan teratur menyebabkan berlaku kerosakan, namun berdasarkan paparan JAN (AG Dashboard) telah dibaiki dan digunakan.

Tambah beliau, KPKM dalam proses penyediaan need of statement dan spesifikasi berhubung sistem maklumat padi dan beras serta sistem pengurusan profil dan nutrisi tanah bagi membolehkan dana obligasi berhubung pembangunan kedua-dua sistem maklumat tersebut digunakan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`; the status code is `404` and content-type is `text/html; charset=iso-8859-1`