fbpx

Mahkamah: Penganggur tikam wanita di dobi dipenjara 7 tahun, empat sebatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Faiz (tengah) dibawa keluar dari kamar mahkamah selepas dihukum penjara tujuh tahun dan empat sebatan kerana mencederakan seorang wanita dalam cubaan rompak di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Padah mencederakan seorang wanita dalam cubaan merompak di sebuah dobi pada lebih seminggu lalu, seorang penganggur dihukum penjara selama tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Nooriah Osman turut memerintahkan demikian selepas tertuduh, Muhammad Faiz Radzali, 25, mengekalkan pengakuan bersalah terhadap pertuduhan terbabit.

Beliau turut memutuskan lelaki itu turut dihukum empat kali sebatan atas kesalahan sama.

Berdasarkan pertuduhan, Muhammad Faiz didakwa cuba melakukan rompakan serta mendatangkan kecederaan kepada seorang wanita tempatan berusia 31 tahun.

Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh di sebuah kedai dobi layan diri di Kampung Seberang Takir, Kuala Nerus pada pukul 3 petang, 30 September lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Hanis Nabihah Hizamul-Din makanaka tertuduh pula tidak diwakili peguam.

Kosmo! Online 30 September lalu melaporkan seorang wanita tiba-tiba ditikam dengan gunting pada bahagian belakang badannya oleh tertuduh di sebuah dobi layan diri. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI