fbpx

Lima NGO serah petisyen sokong RUU kawalan rokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lima NGO serah petisyen menyokong RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 kepada Anwar di Parlimen hari ini.

KUALA LUMPUR – Persatuan Kesihatan IKRAM Malaysia (IKRAM Health) menyerahkan satu petisyen menyokong pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 dengan peruntukan Generational Endgame kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen hari ini.

Petisyen itu diserahkan bersama Malaysian Green Lung Association, Medical Mythbusters Malaysia, Majlis Kawalan Tembakau Malaysia dan Akademi Profesor Malaysia dengan membawa suara 9.2 juta rakyat yang menyokong sepenuhnya pembentangan RUU tersebut.

IKRAM Health dalam satu kenyataan bersama empat lagi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu berkata, melalui petisyen itu pihaknya menggesa agar RUU itu dibentangkan dan disokong oleh semua Ahli Parlimen dan seterusnya diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

“Gesaan itu dibuat memandangkan masalah merokok sudah tidak dapat dibendung secara berkesan lagi di bawah Akta Makanan dan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau yang sedia ada.

“Mengikut petisyen yang telah dilancarkan, seramai 9.2 juta rakyat menyokong penuh usaha membentangkan RUU ini dengan peruntukan GEG mesti dilaksanakan. Jika
RUU ini berjaya diluluskan, ini membuktikan Kerajaan Madani dan seluruh Ahli Parlimen mempunyai nilai kebertanggungjawaban yang tinggi,” katanya di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu katanya, pihaknya menggesa agar proses pembentangan Akta itu dapat dipercepatkan dan semua Ahli Parlimen yang akan mengundi ketika proses pembentangan akta tersebut dapat menyokong pihak Kerajaan Madani demi kepentingan generasi akan datang.

“Kami amat berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana telah sudi menerima petisyen sokongan tersebut,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI