fbpx

Anwar ulangi pendirian terus bersama perjuangan Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar bertemu beberapa NGO di Parlimen hari ini

PETALING JAYA – Kerajaan mengulangi pendirian untuk terus bersama dalam perjuangan rakyat Palestin.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu hantaran di Facebooknya berkata, kerajaan turut berusaha untuk mengadakan perbincangan dengan pemimpin dunia Islam bagi mencari solusi terbaik untuk meredakan ketegangan di Palestin.

Katanya, perbincangan itu juga sekali gus membolehkan bantuan kemanusiaan dan perubatan dapat dibawa masuk.

“Ketika di Parlimen hari ini, saya sempat mengadakan pertemuan dengan beberapa wakil badan bukan kerajaan (NGO) antaranya Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Cinta Gaza Malaysia (CGM), Cinta Syria Malaysia (CSM) dan Global Peace Mission (GPM).

“Dalam pertemuan itu, mereka menyatakan hasrat untuk mengadakan Himpunan Mega Sejuta Ummah Pembela Palestin bagi mengumpul dana dan mengangkat suara saudara kita yang ditindas Zionis tanpa henti di Gaza,” katanya di sini tadi.

Terdahulu, kerajaan semalam mengumumkan akan menyalurkan dana RM1 juta serta-merta kepada tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) kendalian Kementerian Luar susulan konflik keganasan dan pertempuran di Semenanjung Gaza ketika ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI