fbpx

1MDB: Siasatan Jasmine Loo selesai, tunggu keputusan Peguam Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jasmine Loo.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menunggu keputusan Pejabat Peguam Negara (AGC) berhubung siasatan ke atas peguam 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jasmine Loo Ai Swan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya telah menyerahkan kertas siasatan sejurus selepas ia dilengkapkan.

“Kita telah pun menghantar kertas siasatan dan keputusan itu bergantung kepada AGC.

“Pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) telah selesai manakala pihak kita (PDRM) masih berusaha mendapatkan harta-harta daripada 1MDB berjumlah RM93.2 juta termasuk di Singapura dan Amerika Syarikat,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini hari ini.

Pada awal September lalu, Kosmo! melaporkan nilai keseluruhan sitaan aset dan hartanah hasil soal siasat Jasmine Loo dianggarkan mencecah nilai RM93.2 juta.

Antara barang yang dirampas adalah dua potret lukisan Pablo Picasso, jam tangan mewah dan beberapa lot tanah di luar negara.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, hasil soal siasat mendapati Jasmine Loo ditawarkan gaji sebanyak RM40,000 sebulan untuk jawatan Penasihat Undang-Undang 1MDB pada Mei 2011. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI