fbpx

[VIDEO] Penganggur jerut leher bini dengan tali, tutup mulut sehingga pengsan didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Chen Wei dihadapkan ke Mahkamah Majistret Muar hari ini atas pertuduhan mendatangkan kecederaan ke atas isterinya, minggu lalu.

MUAR – Seorang penganggur mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mendatangkan kecederaan terhadap isterinya minggu lalu di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Tertuduh, Joseph Koo Chen Wei, 33, membuat pengakuan itu elepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Fatin Dalilah Khalid.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa sengaja mencederakan isterinya di Taman Temiang Jaya, Muar, pada pukul 12.30 malam, 5 Oktober lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Siti Rohayu Salih, manakala tertuduh diwakili dari Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Nor Hafizah Abdullah.

Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan tidak menganggu mangsa dan lapor diri setiap bulan di balai polis berhampiran.

Tertuduh membayar jaminan tersebut.

Kes disebut semula pada 9 November untuk lantikan peguam dan serahan laporan perubatan.

Kosmo! pada 6 Oktober lalu melaporkan seorang penganggur tergamak menjerut leher dengan tali dan menutup mulut isterinya hanya kerana diberikan RM100 selepas meminta wang dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Kim Kee, 5 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, kejadian dipercayai berlaku akibat selisih faham.

“Suspek kemudian telah melarikan diri apabila mangsa tersedar selepas ditampar oleh suspek. Mangsa kemudiannya telah ke balai polis untuk membuat laporan.

“Mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini dan dirawat sebagai pesakit luar,” katanya dalam satu kenyataan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI