fbpx

Umat Islam disaran buat solat hajat untuk Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Salim.

GEORGE TOWN – Umat Islam di Malaysia disarankan mengadakan solat hajat untuk memohon bantuan Allah SWT dan mendoakan kemenangan bagi saudara-saudara mereka di bumi Palestin.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor berkata, umat Islam Palestin dalam perjuangan menentang kekejaman Israel dan berusaha untuk membebaskan negara mereka daripada cengkaman penjajah Zionis.

”Umat Islam di Malaysia patut mengadakan solat hajat untuk memohon bantuan Allah SWT dan mendoakan kemenangan bagi saudara-saudara mereka di bumi Palestin.

“Umat Islam Malaysia mesti selalu diperingatkan bahawa isu Palestin adalah isu umat Islam seluruh dunia walaupun media barat cuba memesongkan hakikat ini di mata umat Islam supaya menganggap bahawa ia adalah isu bangsa Arab semata-mata,” katanya di sini, hari ini.

Pasukan Pertahanan Israel (IDF) mengumumkan pelancaran Operasi Pedang Besi terhadap Hamas di Semenanjung Gaza.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menerusi ucapannya berkata Israel sedang berperang dan bahawa dia telah mengarahkan pengerahan rizab sepenuhnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI