fbpx

Dewan Rakyat: Hanya 54 Ahli Parlimen jalani pemeriksaan kesihatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sehingga 2 Oktober tahun ini, hanya 54 orang daripada 222 Ahli Parlimen telah menjalani pemeriksaan kesihatan.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, jumlah tersebut terlalu kecil dan menyeru agar semua Ahli Parlimen yang belum menjalani pemeriksaan kesihatan agar melaksanakannya dengan segera.

“Untuk makluman, tarikh akhir untuk pemeriksaan kesihatan ialah pada 31 Oktober ini.

“Yang Berhormat boleh menghubungi doktor kesihatan Parlimen Malaysia berkenaan maklumat terperinci mengenai pemeriksaan kesihatan ini,” jelasnya ketika pemasyuran Yang Dipertua Dewan Rakyat pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Tambah beliau, Ahli Parlimen juga boleh melakukan pemeriksaan di mana-mana fasiliti kesihatan, namun rekod itu mesti diserahkan kepada Pegawai Kesihatan Parlimen bagi tujuan dokumentasi.

“Saya telah maklumkan, Yang Berhormat boleh melakukan pemeriksaan (kesihatan) di sini (Parlimen) ataupun di mana-mana juga asalkan rekod itu dibawa ke sini.

“Sekiranya dah buat pemeriksaan di fasiliti kerajaan atau swasta, bawa rekod itu untuk disimpan di Parlimen supaya (kalau) apa-apa terjadi saya dapat bertanggungjawab untuk selamatkan nyawa Yang Berhormat,” katanya.

Terdahulu pada September lalus, Johari berkata, semua Ahli Parlimen diwajibkan menjalani pemeriksaan kesihatan susulan saranan Kementerian Kesihatan (KKM) supaya pemeriksaan kesihatan secara tetap perlu dibuat terhadap semua Ahli Parlimen demi memastikan tahap kesihatan mereka berada dalam keadaan baik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI