fbpx

Sukan Asia Hangzhou 2022 tutup gelanggang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sukan Asia Hangzhou 2022 menutup gelanggang secara rasmi selepas obor temasya dipadamkan pada upacara penutup di Stadium Olimpik Hangzhou sebentar tadi. - AFP

KUALA LUMPUR – Selepas berlangsung selama dua minggu, Sukan Asia Hangzhou 2022 akhirnya melabuhkan tirainya menerusi acara penutup yang berlangsung dalam suasana gilang-gemilang di Stadium Olimpik Hangzhou sebentar tadi.

Bandar Hangzhou serta stadium yang memiliki kapasiti 80,000 penonton itu bermandi cahaya pada upacara tersebut menerusi paparan skrin digital serta percikan bunga api yang disajikan.

Majlis penutup itu dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan China sebelum perarakan masuk semua kontinjen termasuk Malaysia yang diwakili seramai 40 orang dengan atlet karate, Muhammad Arif Afifuddin Ab. Malik sebagai pembawa Jalur Gemilang.

Temasya Sukan Asia ditutup secara rasmi sebaik sahaja bendera Majlis Olimpik Asia (OCA) diturunkan dan diserahkan kepada penganjur edisi ke-20 yang akan berlangsung di Aichi-Nagoya, Jepun pada 2026 sebelum obor temasya dipadamkan.

Pada temasya sukan terbesar rantau Asia itu, China selaku tuan rumah nyata sukar digugat apabila menamatkan saingan selaku juara keseluruhan selepas memenangi 201 pingat emas, 111 perak dan 71 gangsa.

Sementara itu, kontinjen Malaysia pula menamatkan Sukan Asia edisi ke-19 tersebut di kedudukan ke-14 selepas merangkul 32 pingat keseluruhan termasuk enam pingat emas, lapan perak dan 18 gangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI