fbpx

Gaduh ketika lawan futsal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai 18 lelaki tempatan ditahan polis Labuan selepas dipercayai terlibat dalam di luar gelanggang futsal di kawasan Jalan Tanjung Purun semalam.

LABUAN – Polis menahan 18 lelaki selepas dipercayai terlibat dalam di luar gelanggang futsal di kawasan Jalan Tanjung Purun semalam.

Semua individu yang ditahan adalah berusia 17 hingga 32 tahun.

Pemangku Ketua Polis Daerah Labuan, Deputi Superintendan Robin@Ridzuan Ismail berkata, pergaduhan tercetus dipercayai ketika perlawanan futsal membabitkan dua pasukan sedang berlangsung.

Beliau berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku akibat provokasi antara penyokong dan pemain.

“Provokasi itu seterusnya mencetuskan pergaduhan, ekoran kejadian itu, seorang mangsa telah alami kecederaan di bahagian kepala,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Mengulas lanjut, Robin@Ridzuan memakkumkan kesemua suspek kini direman selama tiga hari untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI