fbpx

Lebih 10 laluan di KL dilanda banjir kilat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan banjir kilat di Jalan Yaacob Latif, Kuala Lumpur, petang tadi.

PETALING JAYA – Pengguna jalan raya dinasihatkan untuk berwaspada dan menggunakan laluan alternatif bagi mengelak kesesakan berikutan kejadian banjir kilat melibatkan lebih 10 laluan di pusat bandar.

Menurut Astro Radio Traffic, trafik dijangka mengalami kelewatan sehingga satu jam akibat hujan lebat sejak awal petang tadi.

Antara laluan yang terlibat iaitu Jalan Yaacob Latif, Jalan Tun Razak, Jalan Syed Putra, Jalan Damansara dan Jalan Maharajalela.

Selain itu, Jalan Chan Sow Lin, Jalan Raja Chulan, Jalan Kinabalu, Jalan Cheras, Jalan Sri Permaisuri, Jalan Travers serta Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

Bagaimanapun, paras takungan air di kesemua laluan dilihat masih dalam keadaan terkawal dengan trafik bergerak perlahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI