fbpx

PKNS sasar pendapatan RM8 bilion menjelang 2030

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAHMUD ABBAS (duduk, tiga dari kanan) bersama kepimpinan tertinggi PKNS bergambar selepas selesai majlis di Pusat Konvensyen Shah Alam, hari ini.

SHAH ALAM- Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menyasarkan untuk memperoleh pendapatan sehingga RM8 bilion setahun menjelang tahun 2030.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mahmud Abbas berkata, pihaknya realistik untuk memperoleh sasaran pendapatan tersebut berdasarkan beberapa projek besar yang dilaksanakan syarikat ketika ini.

“Pada ketika ini, pendapatan PKNS adalah sekitar RM2 bilion setahun dan bagi saya, kita perlu tingkatkan pendapatan syarikat ini bagi kebaikan rakyat di Selangor.

“Kita tidak boleh hanya menceburi bidang hartanah sahaja, justeru PKNS telah mengorak langkah dengan menceburi industri tenaga,” katanya selepas Majlis Kerjasama Strategik antara Kumpulan PKNS dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Pusat Konvensyen Shah Alam, di sini, hari ini.

Menurutnya, antara projek yang bakal menjana pendapatan buat syarikat pada tahun hadapan adalah operasi sebuah stesen janakuasa elektrik di Pulau Indah, yang mampu membekalkan elektrik sebanyak 1,200 megawatt (MW).

Selain stesen tersebut, Mahmud memaklumkan bahawa pihaknya turut melabur dalam projek pembangunan stesen penjanaan tenaga boleh baharu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI