fbpx

Padah bergurau, kepala pelajar tersangkut pagar besi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang kakitangan sekolah cuba menyelamatkan pelajar tersebut menggunakan gergaji mesin. – TikTok

JAKARTA – Seorang pelajar sebuah sekolah vokasional di Palu, Sulawesi Tengah mengalami detik cemas apabila kepalanya tersekat pada pintu pagar besi selepas dikatakan sedang asyik bergurau dengan rakan-rakan, lapor laman berita Suara.com semalam.

Kejadian berlaku di Sekolah Vokasional Negeri 3 Palu.

Berdasarkan video tular di media sosial, kepala pelajar wanita bertudung itu dilihat tersekat pada lubang ukiran pintu pagar tersebut, menyebabkan dia tidak dapat bergerak.

Bagi menyelamatkan pelajar tersebut, seorang kakitangan sekolah memotong pagar besi itu menggunakan gergaji mesin.

Dengan penuh berhati-hati, dia cuba memotong besi berhampiran kepala pelajar berkenaan sambil dibantu beberapa murid lain yang cuba melindungi kepala rakan mereka.

Tidak lama kemudian, besi tersebut berjaya dipotong manakala kepala pelajar itu dapat dikeluarkan.

Meskipun sebelumnya kelihatan panik, pelajar tersebut kembali tersenyum selepas kepalanya dapat dikeluarkan dengan selamat.

Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen.

“Kalau saya, pasti rasa sangat malu,” kata seorang netizen.

“Automatik menjadi terkenal mengalahkan ketua pelajar,” kata pengguna lain. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI