fbpx

Suami 26 tahun sambut hari jadi isteri 80 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasangan ini mempunyai perbezaan usia 54 tahun. - PA Real Life

NASHVILLE, TENNESSEE – Seorang lelaki di Tennessee yang mengahwini wanita berumur 71 tahun menyambut kelahiran isterinya yang kini mencecah usia 80 tahun.

Akhbar The Sun melaporkan, Almeda dan Gary Kardwick berkahwin pada 2015, ketika lelaki itu berusia 17 tahun.

Ia berlaku hanya dua minggu selepas mereka bertemu di majlis pengebumian anak lelaki Almeda.

Majlis perkahwinan mereka ketika itu hanya menelan kos sebanyak £137 (RM786).

Walaupun mempunyai jarak usia yang jauh, pasangan itu saling mencintai antara satu sama lain.

Gary, yang kini berusia 26 tahun berkata: “Almeda berjiwa muda sehingga usia tidak pernah menjadi masalah kepada kami. Kami tidak pernah benar-benar memikirkannya.”

Almeda bukan wanita paling tua pernah bercinta dengan Gary kerana lelaki itu pernah menjalin hubungan dengan wanita berusia 77 tahun. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI