fbpx

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan 2023 pada 12 Oktober

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) tahun 2023 akan dikeluarkan pada 12 Oktober ini.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan berkata, seramai 8,586 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPMU tahun 2023 di 204 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Katanya, semakan itu boleh dilakukan secara dalam talian di pautan myresultspmu.moe.gov.my mulai pukul 10 pagi sehingga pukul 6 petang pada 18 Oktober.

“Calon juga boleh membuat semakan secara sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan dengan menaip SPMU<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888,” katanya di sini, hari ini.

KPM turut mengucapkan tahniah kepada semua calon atas keputusan peperiksaan SPMU tahun 2023. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI