fbpx

4 warga Indonesia dipenjara 20 bulan seludup keluar 10 tong LPG, lebih 1.6 tan gula pasir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empat warga Indonesia dibawa ke Mahkamah Sesyen untuk pertuduhan.

KUCHING – Empat warga Indonesia dijatuhi hukuman penjara 20 bulan oleh Mahkamah Sesyen kerana menyeludup keluar 10 tong gas petroleum cecair (LPG) dan 1,644 kilogram gula asir dari negeri ini.

Pengarah Maritim Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Md Yunus berkata, hukuman dijatuhkan ke atas Deki Saputra, 44, Masfaruddin, 55, Aldi, 49, dan Ferdiansyah, 31 selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan iaitu di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dengan tertuduh dikenakan hukuman 12 bulan penjara dan Seksyen 20(1)(a) Ordinan Pengagihan Gas 2016 dengan dikenakan hukuman 20 bulan penjara.

“Hakim Saiful Bahari Adzmi memerintahkan kedua-dua hukuman itu dijalankan secara serentak.

“Kesemua empat warga Indonesia itu dikenakan hukuman penjara 20 bulan mulai dari tarikh tangkapan pada 14 September lalu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata dakwaan kes dikendalikan oleh Agensi Penguatkuasaaan Maritim Malaysia bersama Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak.

Zin Azman menambah kes itu merupakan yang pertama dituduh di mahkamah di bawah Ordinan Pengagihan Gas 2016 sejak ia dikuatkuasakan pada tahun 2021.

Susulan daripada kejayaan kes itu, beliau berkata Maritim Sarawak memohon kepada masyarakat khususnya komuniti maritim agar sentiasa membantu bagi melaporkan sebarang salah laku atau kegiatan jenayah di laut menerusi aduan ke talian Pusat Operasi Maritim Malaysia Negeri Sarawak (082-432544) atau MERS 999 yang beroperasi 24 jam.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI