fbpx

Naccol bincang isu QR DuitNow Selasa ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fuziah

MELAKA – Isu caj transaksi membabitkan perkhidmatan QR DuitNow akan dibincangkan dalam Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup (Naccol), Selasa ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh berkata, mesyuarat itu bakal dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mencari kaedah penyelesaian membabitkan kepentingan hampir 1.874 juta pengguna perkhidmatan berkenaan.

Beliau berkata, pelaksanaan caj transaksi QR DuitNow yang sudah sebati penggunaanya dalam urusan seharian masyarakat dikhuatiri akan memberi kesan terhadap program digitalisasi negara, seperti dirangka bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

“QR DuitNow ini ada 1.874 juta pengguna. Bayangkan berapa banyak keuntungan bank. Kita takut ada kesan kepada pengguna,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Jelajah Jualan Rahmah peringkat negeri di Dataran Sejarah Ayer Keroh di sini, hari ini.

Terdahulu, beberapa bank memutuskan tidak mengenakan sebarang caj berkaitan QR DuitNow. Maybank mengumumkan bahawa ia tiada rancangan untuk mengenakan caj transaksi ke atas peniaga yang menggunakan kemudahan itu buat masa sekarang.

Public Bank turut memaklumkan akan mengecualikan caj transaksi sehingga diberitahu kelak. Sementara itu, CIMB berkata, akan mengecualikan caj berkaitan sehingga akhir tahun ini.

AmBank dan AmBank Islamic turut mengumumkan tidak akan mengenakan caj transaksi ke atas peniaga yang menggunakan QR DuitNow. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI