fbpx

Lelaki tewas di tangan pelajar perempuan dalam pertarungan gusti lengan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pertarungan itu menarik tumpuan ramai pelajar yang ingin menyaksikan kemenangan antara lelaki dan wanita. – SCMP/Weibo

BEIJING – Seorang pelajar perempuan menerima pujian netizen selepas mengalahkan pelajar lelaki dalam pertarungan gusti lengan, lapor portal berita South China Morning Post. 

Pertarungan gusti lengan itu diadakan semasa waktu rehat kepada pelajar yang menyertai kem latihan fizikal di Universiti Sukan Beijing pada 13 September lalu.

Latihan tersebut wajib untuk semua penuntut baharu di sekolah menengah dan universiti. Kem itu diadakan selama beberapa hari sehingga dua minggu bergantung kepada usia pelajar.

Ketika menyertai kem itu, pelajar universiti tahun pertama menganjurkan pertarungan satu lawan satu untuk hiburan sesama mereka bagi menghilangkan tekanan selepas mengikuti jadual latihan yang mencabar.

Terdapat ramai pelajar berkumpul di lokasi kejadian untuk melihat pertarungan antara seorang pelajar lelaki yang mempelajari sukan gimnastik dan pelajar perempuan yang mengambil bidang angkat berat.

Bagaimanapun, pelajar perempuan itu menarik perhatian ramai kerana memiliki otot lengan yang kuat, demikian menurut video dikongsikan dalam aplikasi Douyin.

Pelajar lelaki itu enggan mengalah sehingga mukanya bertukar kemerah-merahan manakala urat biru menonjol pada lehernya.

Setengah minit kemudian, pelajar perempuan itu memenangi pertarungan tersebut sambil disambut sorakan kuat penonton. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI