fbpx

JKDM Pahang rampas rokok seludup RM3.2 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD ASRI (tengah) menunjukkan rokok putih yang dirampas dalam serbuan ke atas sebuah lori di Lebuh Raya Kuantan-Segamat pada sidang akhbar hari ini.

KUANTAN – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pahang berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan rokok selepas merampas sebanyak 4.8 juta batang rokok putih bernilai kira-kira RM3.2 juta.

Pengarah JKDM Pahang, Mohd Asri Seman berkata, berdasarkan maklumat awam satu serbuan dilakukan pada pukul 2.20 petang 13 September lalu terhadap sebuah lori berhampiran simpang masuk ke Estet Simpai dekat Kilometer 57.6 Lebuh Raya Kuantan-Segamat di Pekan.

“Hasil pemeriksaan ke atas lori berkenaan mendapati lori yang dipercayai dalam perjalanan dari pantai timur menuju ke selatan tanah air itu membawa muatan rokok yang disyaki barang larangan import.

“Susulan itu juga seorang pemandu berusia 40-an ditahan untuk siasatan lanjut,”katanya dalam sidang akhbar di Dewan Dato Hazri, Wisma Kastam Sultan Ahmad Shah, di sini, hari ini.

Menurutnya rokok berkenaan bernilai RM384,000 dengan nilai keseluruhan termasuk jumlah duti atau cukai dianggarkan sebanyak RM3.2 juta dengan nilai keseluruhan rampasan termasuk lori dianggarkan sebanyak RM3.65 juta.

Beliau berkata, kes itu disiasat di bawah Akta Kastam 1967 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang daripada 10 kali ganda nilai barang atau RM100,000 atau yang mana lebih tinggi atau penjara tidak kurang enam bulan.

Dalam pada itu katanya, modus operandi sindiket tersebut adalah dengan menggunakan lori dan bergerak aktif pada waktu puncak bagi mengaburi mata pihak berkuasa melibatkan laluan Lebuh Raya Kuantan-Segamat bagi tujuan pengedaran rokok di kawasan selatan tanah air.

Sementara itu beliau meminta orang ramai membantu pihak kastam memerangi jenayah penyeludupan khususnya rokok, minuman keras, mercun, dadah, kenderaan dan lain-lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI