fbpx

Lesen borong beli beras putih import bantu peniaga kawal kos operasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kebenaran pembelian beras putih import (BPI) pada harga borong, RM160 setiap 50 kilogram (kg) kepada persatuan restoran, pengusaha makanan dan penjaja kecil adalah bagi membantu mereka mengawal kos operasi dan memastikan harga nasi tidak naik.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui satu kenyataan memaklumkan, usaha tersebut juga untuk memastikan bekalan beras putih tempatan (BPT) dapat distabilkan dengan mengurangkan pembelian daripada golongan itu bagi kegunaan perniagaan.

“KPKM mengambil langkah berkenaan untuk mengimbangi keperluan beras bagi tujuan perniagaan dan kegunaan isi rumah dalam tempoh permintaan yang tinggi kepada bekalan BPT pada masa ini.

“Persetujuan ini telah dicapai melalui sesi libat urus antara KPKM dan persatuan-persatuan restoran, pengusaha makanan dan penjaja kecil pada 15 September 2023,” jelas kenyataan tersebut hari ini.

Terdahulu, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad, Datuk Ameer Ali Mydin berkata, keputusan berkenaan yang dikhuatiri mewujudkan monopoli dan cadangannya untuk menaikkan harga siling BPT kepada RM34 setiap 10 kg seperti dilaporkan sebuah portal berita tempatan semalam.

Sementara itu, bagi cadangan menaikkan harga BPT, KPKM memaklumkan harga BPT di peringkat runcit masih dikawal pada kadar RM2.60 sekilogram sebagaimana tertakluk di bawah Perintah Beras (Kawalan Gred dan Harga) (Pindaan No.4) 2008, Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 [Akta 522].

Sebelum ini pada 24 September lalu, KPKM memutuskan akan memberikan lesen borong kepada pengusaha restoran supaya mereka boleh membeli BPI pada harga borong RM3.20 sekilogram daripada Bernas.

Persatuan pengusaha restoran terlebih dahulu perlu mengemukakan permohonan kepada KPKM untuk mendapatkan lesen borong tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI