fbpx

Tetak drebar lori sebab dendam pernah dipukul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

AMPANG – Dendam lama akibat dipukul mangsa dipercayai punca seorang lelaki bertindak menetak pemandu lori dengan sebilah parang di sebuah rumah di Pandan Perdana Jalan Perdana 9/10 Pandan Perdana, kelmarin.

Bagaiamanpun, tindakan lelaki tersebut mengundang padah apabila diberkas sepasukan polis di dalam sebuah kereta berhampiran Taman Setapak Jaya, Kuala Lumpur, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya menerima aduan daripada isteri mangsa berhubung kejadian itu, kelmarin.

Katanya, mangsa memaklumkan kepadanya menerusi aplikasi WhatsApp bahawa dia diserang seorang lelaki.

“Mangsa yang merupakan pemandu lori mengatakan suspek menyerang menggunakan parang. Serangan terhadap lelaki berusia 43 tahun itu berlaku semasa dirinya berada di rumah lama di Pandan Perdana Jalan Perdana 9/10 Pandan Perdana, di sini untuk mengambil surat.

“Mangsa mengalami kecederaan di pergelangan tangan dan dua kesan tetekan di belakang badan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, mangsa yang cedera ditetak telah menerima rawatan di Hospital Ampang.

Bertindak diatas laporan, Mohd Azam memaklumkan sepasukan polis berjaya memberkas suspek berhampiran Taman Setapak Jaya, Kuala Lumpur, semalam.

“Penangkapan suspek dibuat pada pukul 12.30 tengah malam, apabila lelaki yang bekerja sebagai pengutip sampah itu berada di dalam sebuah kereta.

“Turut dirampas sehelai baju berwarna putih dan sebilah parang berhulu hitam yang dipercayai digunakan semasa kejadian.

“Semakan mendapati suspek mempunyai 10 rekod lampau kesalahan jenayah tidak dikehendaki dan positif dadah jenis Methamphetamine, AMP, THC. Punca kejadian dipercayai akibat dendam lama yang mana suspek mendakwa sering dipukul mangsa dan rakan yang lain,” katanya.

Jelas Mohd Azam, suspek direman selama tujuh hari bermula semalam hingga Selasa hadapan.

“Kes disiasat bawah Seksyen 307 Kanun keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun dan denda dan jika ia menyebabkan cedera hendaklah pemenjaraan yang boleh sampai 20 tahun,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI