fbpx

Bukan mudah hidup digelar perempuan tidak baik – Shakila Koriri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAKILA mohon khalayak berhenti menghukum dirinya sebagai perempuan tidak baik.

PETALING JAYA – Dramatis wanita berstatus ibu tunggal, Shakila Korori merayu segelintir khalayak agar berhenti daripada terus menghukum dirinya dengan gelaran perempuan yang tidak baik.

Masih berterusan dikaitkan kisah perosak kebahagiaan orang lain, lebih mengecewakan pemilik nama sebenar Nurul Shakilla Koriri itu apabila cara didikan dan membesarkan anak kecilnya, Ameena Sofia  juga dipertikaikan segelintir pihak.

“Bagilah ruang dan peluang untuk aku sekurang-kurangnya untuk jadi perempuan yang baik kepada anak aku.

“Selak kain sendiri sekala sekala takut tak perasan kain belakang koyak rabak. Berhentilah menghukum aku dengan isu peribadi dengan bagaimana aku jaga dan besarkan anak aku. Anak aku, cara aku!

“Kalau kau sebagai ibu bapa tak bangun pagi dan fikir apa yang kau buat untuk bahagiakan anak kau dan ajar anak kau berjalan dilaluan yang betul, sila duduk dan tutup mulut,” tuturnya.

Dramatis berusia 34 tahun itu juga mengakui sedang melalui satu fasa sukar berikutan kontroversi yang melanda.

“Bukan mudah untuk lalui semua ini dengan seorang anak apabila aku adalah seorang perempuan yang digelar ‘tak baik’ oleh kebanyakan orang yang lebih tahu cerita dalam kain aku.

“Walaupun aku bertukar kain baharu yang lebih bersih tetap utuh kata-kata yang menggelar aku begitu begini sehingga ke hari ini,” kata pelakon yang terkenal menerusi drama Luyak itu menerusi video Instagram.

Terdahulu, kecoh dalam media sosial apabila nama Shakilla dipetik netizen susulan kontroversi seorang pelakon berstatus janda yang didakwa menjadi penyebab kehancuran rumah tangga sepasang suami isteri.

Lebih teruk, si isteri didakwa telah pergi ke mahkamah untuk memfailkan perceraian terhadap suaminya.

Bagaimanapun, Shakilla menganggap isu berkenaan tiada kaitan dengan dirinya dan menjelaskan bahawa kontroversi yang terpalit sebelum ini sudah lama diselesaikan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI