fbpx

Ustaz Azhar Idrus akhirnya dapat tauliah ceramah di Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ustaz Azhar Idrus.

KUALA TERENGGANU – Pendakwah selebriti, Ustaz Azhar Idrus (UAI) disahkan layak menerima tauliah mengajar daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam).

Beliau dibenarkan menyampaikan ceramah umum dan mengajar kitab agama Islam di semua masjid dan surau di seluruh Terengganu.

Tauliah yang diberikan Maidam tersebut sah bagi tempoh lima tahun sehingga 30 Jun 2028.

Kosmo! 12 Mac lalu melaporkan Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwah Agama Islam Terengganu (JHEAT), M. Rozi Bidin menasihatkan UAI agar memohon tauliah JHEAT untuk berceramah dan mengadakan kuliah agama di negeri ini.

Beliau berkata, semakan mendapati UAI tidak termasuk dalam senarai 1,313 individu termasuk 30 penceramah selebriti yang telah menerima tauliah untuk berceramah agama, mengajar agama Islam dan mengajar al-Quran di Terengganu.

Sehubungan itu, pendakwah selebriti tersebut telah melakukan permohonan bagi mendapatkan tauliah Maidam terbabit sebelum menghadiri temuduga pada 25 Mei lalu.

UAI telah menghadiri majlis temu duga tersebut secara sukarela di hadapan panel diketuai Mufti Terengganu, Datuk Dr. Mohamad Sabri Harun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI