fbpx

Terima rasuah urus mayat, empat staf perubatan ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEREMBAN – Empat kakitangan perubatan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan selepas disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah RM11,000 sebagai balasan menawarkan kerja-kerja pengurusan mayat bukan Islam di sebuah hospital di negeri ini.

Difahamkan, suspek yang merupakan tiga lelaki dan seorang wanita berumur antara 30-an hingga 50-an itu didakwa menerima suapan tersebut sekitar RM100 hingga RM600.

Menurut sumber, suspek ditahan antara pukul 4 petang hingga 7 malam tadi di pejabat SPRM Negeri Sembilan ketika diminta hadir memberi keterangan.

“Kesemuanya bertugas di hospital yang sama dipercayai menerima wang rasuah melibatkan lebih kurang 42 transaksi bank daripada dua syarikat yang menawarkan perkhidmatan pengurusan mayat di antara tahun 2022 dan hingga 2023,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Menurut beliau, keempat-empat suspek akan dibawa untuk tujuan permohonan reman di Mahkamah Majistret Jenayah Seremban esok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI