fbpx

Jumlah mangsa banjir di Changlun meningkat kepada 123 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan rumah penduduk di Kampung Paya Nong Mi di Changlun yang dilanda banjir sejak semalam. Foto oleh SHAHIR NOORDIN/KOSMO!

CHANGLUN – Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changlun, di sini meningkat kepada 123 orang sehingga pukul 12 tengah hari ini.

Ketua Bahagian Sekretariat Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah, Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd. Zain berkata, kesemua mangsa itu adalah daripada 36 keluarga yang terjejas akibat banjir yang melanda sekitar Changlun sejak malam tadi.

“Mangsa terdiri daripada seramai 71 individu dewasa, 41 kanak-kanak, 10 warga emas dan seorang bayi,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, keadaan cuaca pada ketika ini masih hujan dan pemantauan terus dilakukan.

Terdahulu Kosmo! melaporkan beberapa kawasan di sekitar Pekan Changlun termasuk Kampung Nangmah dan Paya Nong Mi dalam mukim Temin serta Taman Sayang dilanda banjir akibat hujan berpanjangan sejak semalam.

Kejadian banjir berlaku disebabkan hujan renyai melebihi lapan jam di daerah Kubang Pasu pada semalam menyebabkan beberapa kawasan di Changlun dinaiki air.

PPS SMK Changlun yang dibuka pada pukul 9 malam tadi menempatkan seramai 61 mangsa daripada 18 keluarga setakat pukul 7.30 pagi tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI