fbpx

IPhone jatuh ditemui penyelam masih boleh diguna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fail menunjukkan pelbagai jenis telefon bimbit iPhone. - AFP

BANGKOK  – Sebuah telefon pintar jenama iPhone milik seorang pelancong Jepun yang terjatuh ke dalam laut di Pattaya Jumaat lalu akhirnya ditemui semula oleh beberapa penyelam, lapor portal berita Pattaya Mail hari ini.

Menyedari telefon bimbitnya jatuh ke dalam laut, pelancong lelaki berkenaan membuat aduan  kepada pihak Pentadbiran Bandar Pattaya. Pihak majlis perbandaran kemudian membentuk sebuah pasukan penyelam untuk  mencari alat komunikasi tersebut.

Pasukan itu disertai kakitangan maritim tempatan dan kru penyelamat kemudian bergegas melakukan misi selaman.

Akhirnya, mereka berjaya menemui telefon bimbit tersebut di dasar laut tetapi apa yang lebih menarik  ialah iPhone tersebut masih berfungsi dan boleh digunakan seperti biasa.

Pelancong Jepun itu dilaporkan berasa gembira kerana telefon bimbitnya ditemui semula dan tidak rosak. –  AGENSI  

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI