fbpx

Anwar, delegasi Malaysia selamat tiba di tanah air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar dan Wan Azizah selamat tiba di tanah air sebentar tadi.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail selamat tiba di tanah air sebentar tadi.

Kedua-dua mereka bersama deligasi Malaysia sebelum ini menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) Ke-78 di New York, Amerika Syarikat (AS) bermula Rabu lalu.

“Alhamdulillah saya dan Azizah selamat tiba ke tanah air selepas selesai misi negara di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) Ke-78 di New York, Amerika Syarikat (AS).

“Terima kasih atas sokongan dan titipan doa rakyat Malaysia yang mengiringi langkah kami di sana,”katanya di laman Facebook.

Anwar berkata, fokusnya selepas ini pastinya ke arah menopang isu rakyat dan memastikan kesinambungan kejayaan di New York diterjemah kepada kemakmuran ekonomi Malaysia.

Untuk rekod, ini merupakan penglibatan pertama Anwar ke Perhimpunan Agung PBB setelah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI