fbpx

Perlembagaan tidak pernah sebut kalimah ‘Wallahi Wabillahi Watallahi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Junaidi.

PETALING JAYA – Yang Dipertua Dewan Negara Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar memaklumkan kalimah ‘Wallahi Wabillahi Watallahi’ tidak pernah digunakan dalam peruntukan angkat sumpah ahli parlimen seperti yang dinyatakan dalam Jadual Keenam di bawah Artikel 59(1) Perlembagaan Persekutuan, sejak ia digubal pada 31 Ogos 1957.

Wan Junaidi dalam satu kenyataan berkata, apabila Perlembagaan Persekutuan dikuatkuasakan pada tarikh berkenaan, penyataan Sumpah Ahli Parlimen telah ada dalam Jadual Keenam di bawah perkara tersebut dan tidak pernah ada menyebut kalimah “Wallahi Wabillahi Watallahi”.

“Penyataan sumpah kalimah ‘Wallahi Wabillahi Watallahi’ hanya disebut dalam penyataan angkat sumpah oleh Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong seperti yang dinyatakan dalam Jadual Keempat.

“Seperti yang dijawab oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat, penyataan sumpah ini adalah mengikut Peraturan Mesyuarat 5 Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat yang menyatakan bahawa sumpah yang dilafazkan hendaklah mengikut seperti yang disebutkan dalam Jadual Keenam dalam Perlembagaan Persekutuan tersebut,” katanya di sini hari ini.

Susulan itu, Wan Junaidi berharap dengan penjelasan itu ia dapat memberikan maklumat yang jelas kepada ahli parlimen serta orang awam yang telah menyaksikan pertikaian berhubung perkara berkenaan semasa Ahli Parlimen Kulai Suhaizan Kaiat mengangkat sumpah sebagai ahli Dewan Rakyat Selasa lepas.

Terdahulu, perkara tersebut dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Arau, Shahidan Kassim yang memohon penjelasan daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul sama ada lafaz sumpah ahli parlimen baru tidak lagi memasukkan kalimah ‘Wallahi Wabillahi Watallahi’. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI