fbpx

Pemandu, dua penumpang cedera bas persiaran terbalik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA Bomba membantu mengeluarkan mangsa dari sebuah bas persiaran yang terbabas dan terbalik dalam kemalangan di Kampung Baru Si Rusa, Port Dickson pagi tadi.

PORT DICKSON – Seramai tiga orang cedera selepas bas persiaran yang mereka naiki terbabas lalu terbalik dalam kejadian kemalangan di Kampung Baru Si Rusa di sini pagi tadi.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd. Khalid Dollah berkata, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan mengenai nahas tersebut pada pukul 10.01 pagi.

“Kemalangan melibatkan sebuah bas persiapan yang membawa seramai 20 orang penumpang iaitu lapan lelaki dewasa dan 12 orang wanita dewasa.

“Mereka dalam dalam perjalanan dari sebuah hotel di Batu 4, Port Dicskon ke Pantai Telok Kemang dan bas berkenaan dipercayai telah terbabas di bahu jalan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Menurut beliau, antara mangsa yang mengalami cedera ringan ialah pemandu bas dan dua penumpang wanita.

“Pihak bomba berjaya mengeluarkan kesemua mangsa dan mangsa yang cedera telah diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI