fbpx

Dua pelajar sekolah di Pasir Mas dicekup bawa 200 biji pil epam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 200 biji pil epam dirampas daripada empat lelaki semasa berada di depan sebuah kedai makan di Kampung Repek, Pasir Mas semalam.

PASIR MAS – Dua pelajar sekolah antara empat lelaki yang dicekup selepas didapati membawa sebanyak 200 biji pil nitrazepam atau pil epam di depan sebuah kedai makan di Kampung Repek di sini semalam.

Keempat-empat suspek ditahan kira-kira pukul 9.30 malam oleh sepasukan anggota Balai Polis Pasir Mas.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, lelaki berusia dalam lingkungan 16 hingga 19 tahun itu didapati berada di depan premis tersebut dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, siasatan mendapati, dua daripada suspek merupakan pelajar sekolah menengah di daerah ini manakala seorang lagi warganegara Thailand.

“Polis kemudiannya merampas 200 biji pil epam atau ubat penenang dengan anggaran berat 20 gram yang bernilai RM800 bersama suspek.

“Hasil semakan mendapati, dua daripada suspek mempunyai rekod kesalahan lampau berkait kes dadah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kama Azural memberitahu, ujian saringan air kencing terhadap kesemua suspek mendapati mereka negatif dadah.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI