fbpx

[VIDEO] Aksi guru nyanyi Jalur Gemilang guna bahasa isyarat dipuji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan seorang guru pendidikan khas menyanyikan lagu Jalur Gemilang diiringi bahasa isyarat yang tular di laman TikTok.

PETALING JAYA – Semangat seorang guru pendidikan khas di sebuah sekolah di Kuantan menyentuh hati orang ramai apabila gelagatnya menyanyi lagu Jalur Gemilang diiringi dengan bahasa isyarat, tular di laman TikTok.

Dalam video sama, guru yang dikenali sebagai Cikgu Nidzam itu juga dilihat segak berpakaian baju Melayu berserta tanjak sambil menyanyikan lagu patriotik tersebut dengan penuh semangat ketika sambutan Hari Kebangsaan di sekolahnya.

Difahamkan, guru tersebut bertindak demikian supaya pelajar pendidikan khas boleh memahami lirik lagu Jalur Gemilang dan boleh turut serta meraikan Hari Malaysia bersama murid-murid lain.

Video tersebut telah dimuat naik oleh isterinya @namakulin22, juga seorang guru pendidikan khas.

“Alhamdulillah, terima kasih semua warga Malaysia kerana menyokong kami guru-guru pendidikan khas. Semua ini kami lakukan demi anak-anak teristimewa,” katanya di ruangan kapsyen.

Meninjau ke ruangan komen, tindakan guru tersebut rata-ratanya mendapat reaksi positif daripada pengguna di laman TikTok.

“Harap-harap, adalah cadangan untuk bawa masuk silibus bahasa isyarat dalam mata pelajaran di sekolah walaupun hanya asas sahaja,” kata Ana.

“Saya (nampak) cikgu ni sangat seronok. Mesti dia cintakan kerjayanya sebagai guru pendidikan khas,” kata Shaliza.

“Terima kasih cikgu. Rasa sebak pula. Semoga cikgu sentiasa mendapat rahmat daripada Allah SWT,” kata Rashid.

Kini, hantaran tersebut telah menerima 2,244 tanda suka dan 187 komen. – KOSMO! ONLINE

@namakulin22 #signlanguage #belajarbahasaisyarat #cikgulin #husband #pendidikankhas #skpkkuantan #bahasaisyaratmalaysia #fypシ #handsigns #masalahpendengaran #merdeka2023 ♬ original sound – namakulin

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI