fbpx

SPRM tahan CEO wanita disyaki salah guna kuasa ubah suai gudang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah anak syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kerana disyaki menyalahgunakan kuasa.

Dia didakwa menggunakan kedudukannya melantik sebuah syarikat untuk mengubah suai gudang dan bekalan perabot bernilai RM1.9 juta, sedangkan pembekalan dan pengubahsuaian itu tidak dilaksana mengikut spesifikasi.

Kata sumber, wanita berusia lingkungan 50-an itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kuala Lumpur pada pukul 6.30 petang, semalam.

“Suspek dipercayai menggunakan nama sebuah syarikat lain sedangkan kontraktor sebenar adalah syarikat milik suspek sendiri.

“Hasil siasatan dilakukan mendapati suspek tidak membekalkan perabot dan pengubahsuaian gudang tidak mengikut spesifikasi ditetapkan dalam kontrak.

“Selain itu, sejumlah wang kira-kira RM300,000 dikesan dimasukkan ke dalam akaun suspek,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kuala Lumpur Datuk Mohamad Fauzi Husin ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a) (A) Akta SPRM 2009.

Menurut beliau, suspek sudah dilepaskan dengan jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin selepas keterangannya direkodkan.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI