fbpx

Lelaki wajah ganas, bertatu tetapi menyanyi lagu Blackpink

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ojie menjadi sensasi media sosial kerana sering menyanyikan lagu-lagu K-Pop. – TikTok

JAKARTA – Seorang lelaki di Bekasi, wilayah Jawa Barat mencuri  perhatian pengguna media sosial kerana sering berkongsi video dia menyanyikan lagu kumpulan K-Pop terkenal, Blackpink meskipun berimej ganas dan bertatu, lapor portal berita Viva kelmarin.

Lelaki dikenali sebagai Ojie Tralala itu bukan sekadar boleh menyanyikan lagu berbahasa Korea dengan baik, malah mampu menyanyi rangkap rap dengan lancar.

Klip video yang sering dimuat naik lelaki itu terdiri daripada lagu-lagu kumpulan Blackpink, NewJeans dan IVE.

Bagi pengguna media sosial, berdasarkan imej yang ditampilkan, Ojie wajar meminati muzik metal. Sebaliknya, dia ialah peminat tegar kumpulan K-Pop wanita dari Korea Selatan.

Antara video yang paling mendapat sambutan ialah nyanyiannya untuk lagu Tally daripada Blackpink. Klip video tersebut merekodkan lebih 1.1 juta tontonan setakat ini.

“Kalau di Korea, pasti anda sudah berlakon dalam filem aksi. Imejnya seperti pelakon filem aksi tetapi bukan pelakon utama, sebaliknya watak samseng,” kata seorang netizen.

“Anda pasti pernah menetap di Korea,” kata pengguna lain. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI