fbpx

Pinjam sewa akaun pemilik p-hailing lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara motosikal yang disita JPJ Selangor.

SHAH ALAM – Perbuatan seorang penunggang aplikasi p-hailing menyewa dan meminjam akaun pemilik lain sejak setahun lalu terbongkar apabila ditahan, semalam.

Penahanan penunggang berusia 20-an itu dilakukan kira-kira pukul 4.30 petang dalam Operasi Khas Motosikal di Lorong Motosikal Lebuh Raya Persekutuan.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor berkata, hasil pemeriksaan mendapati Lesen Kenderaan Motor (LKM) telah tamat tempoh pada 2017 dan penunggangnya tiada lesen memandu.

“Siasatan telah dijalankan kepada penunggang motosikal dan pemandu mengaku telah menyewa dan meminjam akaun pemilik lain semasa menjalankan perkhidmatan p-hailing.

“Penunggang itu turut mendaftarkan kenderaan lain semasa menjalankan perkhidmatan tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

JPJ Selangor turut menegaskan tindakan sita telah dilakukan terhadap motosikal tersebut atas pelbagai kesalahan bagi mengelak kesalahan berulang dan seterusnya membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

“Sepanjang operasi itu, sebanyak 1,430 buah motosikal telah diperiksa dan 613 notis telah dikeluarkan melibatkan pelbagai kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Sebanyak 35 buah motosikal turut disita dalam operasi itu dengan kesalahan dikesan termasuk tiada lesen memandu, LKM tamat tempoh dan tiada perlindungan insurans,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI