fbpx

Hujan lebat landa lima negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di lima buah negeri pada petang ini.

MetMalaysia berkata, amaran tersebut dikeluarkan susulan hujan lebat serta angin kencang yang dijangka berlaku di beberapa daerah di negeri Pahang, Johor, Sarawak, Sabah dan seluruh Wilayah Persekutuan Labuan.

“Hujan lebat berserta angin kencang diramal berlaku di Tanah Tinggi Cameron dan Rompin, Pahang. Sementara di Johor pula melibatkan daerah Mersing.

“Cuaca sama juga dijangka melanda Sarawak iaitu di Kuching, Serian, Samarahan, Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Miri (Marudi) dan Limbang,” katanya di sini hari ini.

Selain itu katanya, amaran sama juga dikeluarkan bagi negeri Sabah melibatkan daerah Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Ranau), Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Kinabatangan).

Keadaan itu dijangka berlaku sehingga pukul 5 petang nanti.

Dalam pada itu, MetMalaysia turut memaklumkan pihaknya akan melaksanakan pengujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATNM) esok di TLDM, Lumut, Perak pada pukul 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.

“Selain itu, ujian siren juga akan dilakukan di Pejabat Perikanan Daerah Pantai Remis, Perak pada pukul 3.00 petang hingga 5.00 petang,” katanya.

Justeru itu katanya, penduduk di kawasan sekitar dinasihatkan agar tidak panik dengan bunyi siren tersebut kerana ia merupakan suatu ujian sahaja. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI