fbpx

Dewan Rakyat: Hanya 39 peratus syarikat bumiputera pemegang sijil halal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 3,270 atau 39.53 peratus daripada keseluruhan 8,272 syarikat yang memegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) adalah syarikat bumiputera.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd. Na’im Mokhtar, berkata daripada jumlah keseluruhan itu, sejumlah 7,306 syarikat iaitu 88.32 peratus membabitkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Beliau berkata, bagi kategori usahawan, sistem pendaftaran pemohon SPHM adalah berdasarkan maklumat pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

“Oleh itu, data yang boleh diperoleh hanya membabitkan status pemilikan Bumiputera, bukan Bumiputera atau pemilikan warga asing dan kategori industri sama ada mikro, kecil, kecil sederhana dan multinasional.

“Namun, tiada maklumat kategori gender (jantina) yang didaftarkan,” katanya ketika menggulung perbahasan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Parlimen, di sini hari ini.

Mohd. Na’im berkata, daripada beberapa mesyuarat Jemaah Menteri dan mesyuarat antara kementerian yang diadakan, persetujuan dan ketetapan sudah dicapai supaya Halal Development Corporation Berhad (HDC) memainkan peranan penting.

“Ia bagi memberi penumpuan terhadap latihan dan bimbingan industri bagi memastikan industri bersedia untuk memohon SPHM,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI