fbpx

8 individu ditahan Op Hormat Undang-Undang Jalan Raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Operasi Hormat Undang-Undang Jalan Raya Polis Kuala Lumpur fasa dua di ibu negara semalam.

PETALING JAYA – Seramai lapan individu ditahan, manakala sembilan buah motosikal disita dalam Operasi Hormat Undang-Undang Jalan Raya Polis Kuala Lumpur fasa dua di ibu negara semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd. Salleh berkata, mereka yang ditahan antaranya kerana kes dadah dan memandu dalam keadaan mabuk.

Menurut beliau, sebanyak 6,609 saman turut dikeluarkan dalam operasi yang turut disertai anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) tersebut.

“Jumlah keseluruhan saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebanyak 6,519, JPJ mengeluarkan sebanyak 85 saman, manakala JAS mengeluarkan sebanyak lima saman.

“Kesalahan tertinggi direkodkan ialah halangan lalu lintas sebanyak 4,819,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sarifudin berkata, kesalahan lain membabitkan kenderaan di laluan pejalan kaki/garisan putih (247), langgar lampu isyarat merah (53) dan tiada lesen memandu (194)

Kata beliau, turut dikeluarkan saman kerana kesalahan membabitkan nombor pendaftaran kenderaan (76) dan lain-lain kesalahan sebanyak 1,213 saman.

Operasi itu melibatkan Op Had Laju, Op Telefon Bimbit, OP Motosikal, OP Samseng Jalanan, OP Parkir Haram, Op Bersepadu, OP Mabuk, OP Khas OP Pelbagai dan OP Halangan.

Kata beliau, lebih 700 anggota PDRM, JPJ dan JAS terlibat dalam Operasi Hormat Undang-Undang Jalan Raya Polis Kuala Lumpur semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI