fbpx

Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2023 di Kuching gilang-gemilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2023 di Kuching akan diadakan gilang-gemilang

KUCHING – Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2023 yang dijangka dihadiri kira-kira 5,000 orang di Stadium Perpaduan, Petra Jaya esok bakal berlangsung gilang-gemilang.

Raptai penuh yang diadakan malam tadi disaksikan oleh Menteri Komunikasi dan Digital merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2023, Fahmi Fadzil.

Mengiringi beliau ialah Menteri Utiliti dan Telekomunikasi selaku menteri bertanggungjawab menyelaras acara bersejarah itu, Datuk Julaihi Narawi.

Sambutan bertemakan ‘Malaysia Madani Tekad Perpaduan Penuhi Harapan’ itu dijadual bermula pukul 7 malam dengan menampilkan pelbagai acara menarik antaranya persembahan nyanyian daripada artis tempatan Bob Yusof dan Aina Abdul.

Selain itu, persembahan teater muzikal ‘Segulai Sejalai’ yang mengisahkan tentang perjalanan bersejarah penubuhan Malaysia antara Semenanjung, Sarawak dan Sabah serta kibaran Jalur Gemilang turut diadakan.

Persembahan itu akan memuatkan gambaran tokoh pejuang kemerdekaan Sarawak, Rosli Dhobi.

Majlis dijangka diserikan dengan kehadiran pemangku Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar; Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI