fbpx

Mihas iktiraf kejayaan 13 buah syarikat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mihas 2023 yang berlangsung dari Selasa hingga hari ini di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) - FOTO oleh M Firdaus M Johari

KUALA LUMPUR – Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (Mihas) 2023 memberi penghormatan kepada 13 buah syarikat yang berjaya menerapkan nilai kemampanan dan pendigitalan dalam produk dan perkhidmatan mereka.

Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, anugerah yang sudah mencapai edisi ke-10 itu membuktikan Mihas merupakan platform terbaik bagi syarikat berstatus halal untuk mempamerkan kisah kejayaan mereka.

“Tahun ini, kami sangat kagum dengan kualiti penyertaan yang diterima. Sebahagian besar penyertaan didapati mempunyai unsur kemampanan dan pendigitalan yang kuat.

“Selain unsur tersebut, Matrade juga menilai kualiti produk, perkhidmatan serta prestasi eksport dalam anugerah kali ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Mihas ke-10 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), hari ini.

Menurutnya, dua anugerah utama iaitu Anugerah Kecemerlangan Mihas dan Anugerah Inovatif Mihas menerima hampir 80 penyertaan daripada pelbagai sektor produk dan perkhidmatan.

Selain penyertaan tempatan, juri turut menerima penyertaan daripada syarikat antarabangsa seperti Brazil, China, Thailand, Korea Selatan dan Indonesia.

Matrade juga menukar dua memorandum kesefahaman (MoU), bersama Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) serta Hadramawt Kitchen (HK) Sdn. Bhd. dan Delima Emas Sdn. Bhd. dalam majlis sama.

Program Penyumberan Antarabangsa (INSP) Matrade menyasarkan untuk menjana urus niaga bernilai RM800 juta bagi pengeksport Malaysia di Mihas tahun ini daripada RM745.20 juta tahun lepas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI