fbpx

Lelaki seminggu sembelit meninggal ketika buang air besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki itu mengalami masalah sembelit selama lebih seminggu. - The Sun

LONDON – Seorang lelaki berusia 65 tahun di Britain meninggal dunia akibat sakit jantung ketika membuang air besar selepas mengalami sembelit selama lebih seminggu, lapor akhbar The Sun semalam. 

Pakar yang merawat pesakit itu, Dr. Rawdy Reales Rois berkata, dia pada awalnya tiba di unit kecemasan dalam keadaan mengalami sakit dada, loya dan perlu pergi ke tandas.

Akan tetapi, lelaki itu dikatakan sudah tidak dapat membuang air besar selama tujuh hingga 10 hari. 

Keputusan ujian elektrokardiogram pesakit itu normal, namun degupan jantungnya semakin laju dan dia mengeluarkan peluh yang banyak.

Memandangkan dia mempunyai sejarah masalah jantung, pakar tidak menggalakkan untuk memberinya enema rektum seperti yang diminta. 

Dalam kes yang jarang berlaku, tindakan itu boleh mencetuskan kesan sampingan yang mengancam buah pinggang dan jantung pesakit.

Rois sebaliknya menggalakkan lelaki itu mengambil ubat untuk melegakan sembelit, tetapi ia tidak memberi kesan yang diingini. Dia kemudian meninggalkan pesakit itu dan merancang untuk kembali memeriksanya selepas beberapa jam.

Bagaimanapun, pesakit itu mendesak doktor lain untuk melakukan prosedur enema rektum. 

Selepas prosedur itu, pesakit berkenaan mengalami serangan jantung akibat membuang najis dengan begitu pantas sehingga merangsang saraf vagus dan menyebabkan tekanan darahnya menurun secara tiba-tiba.

Dia akhirnya disahkan meninggal dunia 30 minit kemudian. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI