fbpx

Ramai puji semua pakaian Paris Hilton di Malaysia sopan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar beberapa video yang dimuat naik di media sosial memaparkan pakaian Paris Hilton sepanjang di Malaysia.

PETALING JAYA – Penampilan selebriti dan ahli perniagaan Amerika Syarikat, Paris Hilton ketika hadir ke pusat beli-belah di ibu negara petang semalam menerima pujian ramai pengguna media sosial.

Ketika bertemu ratusan peminat semalam, selebriti berusia 42 tahun itu mengenakan gaun berwarna biru muda labuh menutupi sehingga ke bawah lutut.

Tinjauan Kosmo! mendapati rata-rata orang ramai menyifatkan pakaian yang dipakai Hilton sepanjang berada di Malaysia juga kelihatan sangat sopan walaupun cuaca panas terik.

“Sopannya lihat Paris Hilton datang Malaysia. Betul-betul menjaga sensitiviti,” ciap Lily.

“Cantik-cantik semua baju dia di Malaysia. Yang penting nampak sopan. Mesti dia ‘study’ (kaji) dulu sebelum datang Malaysia,” komen Yasmin Harun.

“Suka tengok penampilan Paris Hilton, nampak sopan sangat baju dipakainya. Rasa lebih Melayu dari orang tempatan kita,” komen seorang pengguna lain.

Bukan itu sahaja, cucu kepada pemilik rangkaian hotel terkemuka, Hilton itu kelihatan tidak kekok dan sombong bertemu ratusan peminat Malaysia sehinggakan memuat naik ciapan beserta video di aplikasi X.

“Sayang anda semua! Saya sangat gembira berjumpa semua orang hari ini. Sayang Kuala Lumpur,” ciapnya.

Hilton berada di Malaysia bagi pelancaran wangian ke-30 beliau yang diberi nama Ruby Rush.

Sebelum ke Malaysia, pelakon yang pernah membintangi filem House of Wax turut melancarkan wangian yang sama di Bangkok, Thailand pada Isnin.

Untuk rekod, Hilton pernah hadir ke Malaysia pada Januari 2015 untuk satu acara di Petaling Jaya.

Hilton kemudian kembali ke sini pada Oktober 2015 untuk melancarkan wangian edisi terhadnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI