fbpx

Pasangan basuh ‘playpen’ dalam mesin dobi, kaca bertaburan di seluruh kedai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kaca penutup mesin basuh tersebut pecah dan berselerakan di samping air sabun yang membanjiri kedai dobi tersebut. – Mothership

SINGAPURA – Tindakan sepasang suami isteri memasukkan ‘playpen’ (kandang main kanak-kanak) ke dalam mesin basuh di sebuah kedai dobi menyebabkan penutup kaca mesin basuh  pecah, manakala  air sabun memenuhi premis berkenaan.

Portal berita Mothership semalam melaporkan, kejadian berlaku di Block 120 Canberra Crescent, Singapura pada Ahad lalu.

Dalam kejadian yang dimuat naik di laman Facebook itu, seorang saksi berkata, dia berada di lokasi  apabila mendengar  bunyi kaca pecah datang dari arah kedai dobi Mister Wash.

Selepas pergi ke kedai tersebut, dia terkejut melihat  penutup kaca unit mesin basuh pecah dan serpihannya berselerakan di lantai.

Mesin basuh yang boleh menampung muatan 16 kilogram itu masih berfungsi dengan objek yang dibasuh terjulur  keluar dan  berpusing dengan laju sebelum tercampak keluar.

Tambah individu tersebut, orang ramai ketika itu menyangka objek berkenaan ialah kereta sorong bayi, namun ia sebenarnya sebuah ‘playpen’.

“Ia benar-benar menakutkan. Serpihan kaca berterbangan di serata tempat. Jika ia tertusuk mata  atau mencederakan arteri anda, ini akan menyebabkan  bencana. Saya benar-benar tidak mahu sebarang kemalangan berlaku,” katanya.

Tambah individu itu, sepasang suami isteri kemudian meminta orang ramai tidak merakam insiden tersebut menggunakan telefon bimbit , menyebabkan pengunjung sedar bahawa  mereka ialah pemilik ‘playpen’ berkenaan.

Program berita 8world News melaporkan,  pasangan tersebut berbincang dengan pemilik kedai dobi berhubung kos kerosakan, manakala premis berkenaan terus beroperasi seperti biasa. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI